Nikmat ujian
Posted on Tuesday, April 9, 2013, ϟ 0 comments
Kena kuat
walaupun susah.Jangan jatuh sebab manusia.Manusia boleh datang tinggalkan
jejak.Simpan jejak dalam kenangan.Jangan bazirkan sisa hidup untuk meratap
benda yang lepas.Hidup untuk pandang ke hadapan bukan menoleh ke belakang.Yang
di belakang masa lalu yang sudah selesai.teruskan berjuang untuk masa di
hadapan.Yakin Allah ada seiring dengan langkah kita.
Kau kata
dia pemusnah harapan,sebab dia kau ranap.Tidak.Salahkan diri sendiri dahulu
sebelum mendabik dada tunding kepada orang lain.Salah kau memberi harapan yang
tinggi,salah kau berharap pada benda yang belum pasti.Cakap depan cermin.Cuba
lakukan.
Allah tidak
suka kepada manusia yang munafik.Bila kau kata kau bergantung harap kepada
Dia,kau akur pada takdir Dia,kau menerima segala macam ujian dari Dia tetapi
kalau cuma di mulut tiada guna juga.Makanya Dia datang,Dia bawak,Dia beri ujian
melalui pelbagai rupa.Tujuannya untuk melihat kau benar atas kata atau tidak.
Ujian datang sebab rindu
Ujian datang sebab sayang
Ujian datang sebab mengajar
Ujian datang sebab kuat
Ujian datang sebab sabar
Ujian datang sebab mengingat
Allah rindu
melihat air mata kita mengalir meminta kepada Dia,rindu untuk mendengar kita
bercakap dengan Dia,rindu mendengar taubat kita.Mungkin juga ujian datang atas
sebab kafarah dosa kita yang lalu.Dan yang paling pasti tiada ujian yang Allah
turunkan tanpa sebab yang kukuh.ketahuilah Allah sentiasa bekerja keras bagi
memastikan hambanya memperoleh kebahagiaan yang baik.
Orang kata
lagi tinggi ujian lagi banyak pula ujian yang datang.Bak kata ustaz Kazim
bersyukurlah Allah beri ujian buat kita.Ujian itu manis sebenarnya,nikmatilah
ujian yang Allah beri.Sekurangnya kita makin dekat dan kenal lebih mendalam
pencipta kita sendiri.Perancangan Allah itu adalah rancangan yang tercantik,
tidak pernah tersasar.Percaya janji Allah.
Yakinlah, sesuatu
yang ditakdirkan hilang daripada pangkuan kita sebenarnya Allah sedang
memberikan sesuatu yang lebih baik daripada itu.Carilah Allah,sesungguhnya
Allah tempat mengadu paling tepat saat sedih ataupun gembira.Cuma Dia yang
memahami apa yang kita rasakan.Kalau kita dah dapat yang baik,yang sempurna
tetapi Allah masih tarik ia dari hidup kita, kita harus percaya sebenarnya
pasti ada yang jauh lebih baik dari yang ini yang Allah mahu berikan buat
kita.Bersyukurlah.
Kalau dia
tinggalkan kau atas sebab yang kurang kukuh,yakinlah Allah takdirkan dia
tinggalkan kau atas sebab yang sangat kukuh.Jika Allah hendak memberikan
kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh dihalang oleh apa-apa tangan
sekalipun.Dan begitu juga sebaliknya,kalau Allah dah kata bukan si dia takdir
untuk masa depan kau maka tidak boleh ada apa sahaja corak untuk menghalang
Dia.
Dunia ini
terlalu kecil untuk ditangisi.La Takhaf
wala Tahzan innallahamaan,jangan kamu takut,jangan kamu bersedih,sesungguhnya
Allah sentiasa bersama kita..Bersabarlah atas sesuatu kehilangan. Allah
pasti akan hantar kebahagiaan bila sampai waktunya.Kita pegang,kita
genggam,kita erat sampai satu masa kita kena juga lepaskan atas takdir Allah.
Allah dah kata kalau kita tidak mengeluh kesulitan
kita kepada orang lain selama tiga hari maka Allah akan beri pahala orang
bersabar kepada kita.Jadi sabarlah dalam bersabar.Bersyukur atas semua
ujian yang Tuhan beri.Jangan pernah putus asa.God doesn’t give you the people
you want. He gives you the people you need. Yakinlah pasti akan ada kebahagiaan
buat kita.
Zaney:
Yajib antasim indama tabki – Hendaklah kamu tersenyum walaupun kamu sedang
berduka :)
|