Kau
Posted on Monday, April 8, 2013, ϟ 0 comments
Kau.
Ya kau yang di situ,
Kenapa perlu menyalak bila ada orang
mahu berubah,
Kenapa mahu menunding bila ada orang
balik ke pangkal jalan,
Kenapa mahu mencaci bila ada orang
mahu menjengah positif,
Kau boleh berhenti,
Ya kau perlu berhenti dari terus mencelaka
terhadap orang,
Tutup mulut dan diam,
Itu mungkin perkara mudah yang mampu
kau buat.
Setiap cerita tak sama,
Bila kau putih dia hitam,
Dan bila kau hitam dia pula putih,
Ini bukan drama,bukan juga kisah
novel,
Kau perlu belajar hakikat itu.
Pandang sekeliling,
Kau galak hitung salah orang,
Diam dan cuba sedar,
Banyak tangan tengah catit dajal kau,
Berhenti jadi Tuhan,
Kau khalifah jalankan tugas dengan
sempurna.
Baik buruk itu dipanggil kisah,
Positif jika ada yang mahu balik pada
permulaan yang jernih,
Doa laku atau tidak,
Itu semua kerja Tuhan,
Kau diam mungkin sedekah doa,
Itu lebih baik,
Percayalah itu jauh lebih baik.
kau wahai manusia,
Berhenti untuk jatuhkan spesis kau
sendiri,
Apa untung kau dapat,
Apa faedah kau peroleh,
Apa kejadah kau rasa,
Jadinya berhenti,
Harus berhenti dari mendajal.
Untuk manusia,manusia dan manusia,
Hulurkan tangan bila ada yang meminta,
Berikan bahu bila ada yang mengharap,
Pinjamkan telinga bila ada yang
memerlukan,
Sedekahkan hati bila ada yang minta
dirasa.
Kau boleh,
Mesti boleh,
Jika tak mampu ajar diri berdiam,
Diam,lihat dan nilaikan,
Janji jangan merosak.
Zaney: Berubah kepada positif itu perlu.Cuba dorong.Jangan caci.
|