Jodoh
Posted on Wednesday, April 17, 2013, ϟ 3 comments







Bak kata Ustaz Azhar Idrus “Jodoh bukan bererti kekal lama, jodoh bererti pasangan kita” insyallah dunia dan akhirat. Tanya lah siapa pun tak akan pernah yang tahu siapa jodoh mereka. Kecuali atas kuasa Allah. Kuasa Allah memang tak pernah terjangkau dek akal fikiran.


Sejujurnya aku tak pernah mention nama sesiapa pun yang aku bercinta dalam doa aku. Maksud aku tak pernah berdoa mention beliau sebagai jodoh aku. Selalunya akan berdoa panjang umur,kekalkan kebahagiaan kami  dan bahagia dunia dan akhirat. Dan adakalanya mention ketika rindu. *sengih malu*


Aku tak pernah ajar diri aku berdoa merayu agar si dia lah jodoh aku. Mohon Tuhan satukanlah aku dengan dia,sungguh aku cinta dia, sayang dia, rindu dia nak sehidup semati dengan dia. Mohon agar Tuhan dengarlah doa aku dan tautkanlah hati aku dengan hati dia. Sejujurnya tak pernah aku berdoa sedemikian. Aku cuma berdoa andai si dia lah yang ditakdirkan untuk aku maka bahagialah kami dunia dan akhirat. Aku faham Tuhan bekerja dengan cara dia sendiri, tidak perlu mengajar Dia tahu jodoh yang terbaik buat aku.


Yang hanya aku panjatkan doa cuma minta dititipkan bakal suami yang baik, yang mampu bawa aku ke jalanNYA dan mampu memimpin tangan aku ke Jannah.Juga minta dikurniakan zuriat yang baik,soleh dan solehah.Insyallah. Kita tak pernah tahu rancangan Allah. Adakalanya Allah hantar seseorang dalam hidup kita cuma sebagai ujian dan pinjaman untuk beri kita belajar satu benda. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada benda yang belum pasti.







Aku selalu tahan diri aku dari sayang orang sangat-sangat, cinta orang sangat-sangat, rindu orang sangat-sangat. Sebab aku tahu dari “sangat-sangat” tu lah yang boleh buat kita jatuh terduduk “sangat-sangat”. Sejujurnya kadang-kadang kalah juga dan kadang-kadang tak kurang pernah juara juga.


Kau hantuk-hantuk kepala, kau cakar dinding, kau berkurung sepuluh tahun sekalipun kalau Tuhan dah kata bukan dia jodoh kau, apa daya kau nak halang.Jodoh rahsia Allah. Jangan lupa, Allah selalu tarik sesuatu dari hidup kita untuk ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Syaratnya cuba bersabar.


Yakin dengan perancangan Allah. Selalunya percaturan Allah tak pernah tersilap. Dari Dia kita datang mana mungkin percaturanNYA terhadap kita boleh tersasar. Dunia nie terlalu kecil untuk ditangisi. Allah takkan pernah tinggal kita dan tak pernah jauh dari kita. Percaya janji Allah.





Zaney: Yes I’m strong person, but every now and then I also need someone to take my hand and say everything will be ok. And you should know one thing. Allah is never late, Allah is never early, Allah is always right one time :)  





Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.