Kita ada Allah
Posted on Sunday, June 30, 2013, ϟ 2 comments
Dukacita
selalunya berjaya bawa manusia kenal Tuhan.Itu prinsip yang aku pegang.Biasalah
manusia masalah seiring dengan perjalanan.Untuk jadi orang yang sabar dalam
segala hal bukan benda yang mudah, dan itu yang tengah aku cuba untuk
belajar.Semua pernah sakit pernah jatuh, pernah terduduk.Perkataan untuk semua
tu cuma move on. Allah uji kan tanda sayang.Sebab sayang dia bagi kita lemah
dia beri kita sedih.Dia nak lihat sejauh mana kita letak Dia dalam hati kita.
Selalunya
bila aku ada masalah tak kisah dari segala segi aku suka diamkan diri, berlagak
macam biasa.Tapi selalunya masalah yang berkait dengan perasaan memang susah
kita nak handle.Aku pernah rasa.Bila aku sayang manusia lebih dari aku sayang
Tuhan rasa ditinggalkan itu lain.Bila dia pilih untuk pergi apa lagi pilihan
yang aku ada selain kena lepaskan.Itu sakit.Cuma Allah yang tahu.
Untuk
beberapa bulan aku pilih untuk diamkan diri dan pendam apa yang aku rasa.Aku
cuba sibukkan diri dengan aktiviti sosial yang sihat.Aku rasa bila aku sibukkan
diri dengan aktiviti macam tu rasa sakit aku kurang.Aku cuba asingkan diri dari
orang.Aku suka menyendiri.Malangnya bila bersendiri benda lama berlegar dalam
fikiran.Lagi buat aku rasa down.
Aku ambil
masa muhasabah diri.Aku Tanya pada diri sampai bila nak macam nie.Aku luah
semua pada Tuhan.Alhamdulillah benar kata orang bila kau bercerita pada Tuhan
in shaa Allah Tuhan akan hadiahkan ketenangan.Alhamdulillah itu yang aku rasa.Bila
kau dekat dengan Tuhan segala benda kau rasa tenang.Bila kau sedih kau akan ada
seribu alasan untuk gembira.
Itu aku
yang dulu (senyum).Ya aku yang dulu.Aku tak berubah, aku cuma belajar untuk
jadi lebih baik.Aku cuba untuk belajar segala masalah itu ada jalannya dan
segala ujian itu ada hikmahnya.Sebenarnya bila kau hilang dia kau bukan hilang
segalanya.Allah beri kau peluang buka tangan untuk rasa jauh lebih baik dari
apa yang kau pernah hilang.Allah tak bagi hari ini tapi percayalah Allah akan
bagi pada kemudian hari.Pada suatu masa yang Allah telah janjikan.
Bila kau
tersalah pilih laluan hidup, itu bukan penamat untuk segala-galanya.Kau tak
boleh undur masa tapi kau boleh undur diri kau dari yang salah kepada yang
benar.Allah sentiasa bersama dengan kau.Cuba ikhlas untuk sesuatu benda.Mana
mungkin Allah biarkan kau seorang diri untuk cari cahaya.Allah itu Maha Penyayang.Doa
itu senjata.Doa kau bisu tapi Allah dengar.Apa yang kau rasa Allah Maha
mengetahui.Jangan putus harapan dengan janji Allah.
Zaney: Kau cuma
perlu redha.Perlu redha dengan semua ketentuan Tuhan.Takdir Allah itu tidak
pernah tersasar.Allah telah siapkan bahagian masing-masing.Jangan risau,
bahagian kita ada cuma masa saja belum tiba.Daie itu kena punya sifat sabar.Kuat
Daie.Harus.
|