La Tahzan
Posted on Sunday, March 24, 2013, ϟ 0 comments
Manusia
akan datang dan pergi tinggalkan corak kenangan yang berbeza buat kita.Sama ada
manis atau pahit semuanya terletak atas situasi itu sendiri.Putus cinta bukan
penamat untuk kehidupan kita kan.Tak semestinya tanpa dia kita tidak boleh
hidup.Sebelum belajar kenal cinta belajar kenal oksigen dahulu.Kerana tanpa
oksigen sebenarya kita tidak mampu hidup tidak mampu bernafas.Percayalah Allah
sentiasa bersama dengan orang yang kuat tahap kesabarannnya.
Sebenarnya
sifat sabar itu lebih afdal jika diselangi dengan sifat bersyukur.Sekurangnya
Allah tarik kita dari terus menikmati bahagia dengan benda yang salah.Sabar itu
perit.Sabar itu letih.Tetapi jika kita ikhlas dalam sabar insyaallah
penghujungnya manis yang kita akan rasa.
Cinta
memang indah.Indah bila kita saling menikmati bahagia,kasih sayang antara satu
sama lain.Kadang-kadang sampai kita terleka.Bahawa cinta kepada Allah yang
perlu kita agungkan dahulu.Bila kita cinta manusia kita akan sentiasa cari
keburukannya.Tapi jika kita meletakkan cinta kepada Allah.Masih terdapat
keburukankah yang kita harus cari dari pencipta kita sendiri.
Orang kata
cinta kepada manusia tidak selalunya menjamin kebahagiaan di
penghujungnya.Tetapi jika kita cinta kepada Allah dan rasul pasti tidak
menjanjikan kekecewaan kepada kita.Allah kan dah kata Dia akan hadirkan orang
yang salah dalam hidup kita sebelum temukan kita dengan orang yang tepat.
Terimalah
ujian yang Allah beri dengan hati yang terbuka.Apa jua keadaan cuma ingat
Allah,Allah dan Allah.Bak kat orang kita Nampak bulan tapi sebenarnya bulan itu
tersangat jauh.Dan kita tak Nampak Alllah tapi sebenarnya Allah itu tersangat
dekat dengan kita.Subhanallah kuasa tuhan kadang-kadang memang tidak terjangkau
dek akal fikiran manusia.
Untuk hati
yang sedih sudahlah meratapi kesedihan bangunlah untuk terus melangkah
menjalani hidup yang Allah dah kurnia kepada kita.Manusia kadang-kadang bila
hilang satu benda macam hilang segalanya.Terlalu banyak nikmat Allah yang Allah
beri untuk kita nikmati.
Cinta
memang adakalanya menyakitkan.Percayalah jika kita tidak merasa sakit kita
tidak akan ada nikmat hidup seperti manusia-manusia lain di luar sana.Teruskan
hidup macam sebelumnya.Ingat Allah sentiasa ada seiring dengan langkah
kita.Allah dah ciptakan satu nama sebagai jodoh kita sejak dari Lauh mahfuz
lagi.Janji Allah itu pasti.Usah bersedih.Kelak Allah akan ganti kesedihan itu
dengan kebahagiaan yang tidak terkata jika kita bersabar.
Zaney : La
Tahzan.Janji Allah itu pasti :’)
|