Harapan itu ada
Posted on Tuesday, January 8, 2013, ϟ 0 comments Harapan itu ada.Harapan itu wujud.Harapan itu sahih.Harapan itu akan datang bila mana ada manusia yang mengharapkannya dengan berusaha.Bukan mengharap tanpa berusaha.Itu dipanggil tin kosong.Bunyi sahaja cergas tetapi isi tiada
Hidup ini terlalu berharga untuk
dikhianati.Kadang-kadang runsing bila difikirkan bagaimana ada manusia yang
sanggup mencabut nyawanya sendiri untuk perkara yang bodoh.Sebenarnya ketentuan
ini ada bezanya.Sebagai contoh kalau Allah dah tentukan kita tak selamanya
bersama si dia anggap sahaja itu bukan dipanggil jodoh,itu dipanggil ujian.Antara
contoh lain bila diri sudah agak terlalu jauh dan tersasar dari jalan yang
benar itu memang dipanggil ketentuan.Ia dipanggil ketentuan untuk kita
lawan.Memang benar Allah jadikan kita sedemikian itu kerana dia mahu hambanya
sendiri cuba mengubah apa yang DIA berikan,apa yang dia jadikan yang bila
dipandang dari sudut luaran ianya tampak negatif.Itu juga dipanggil salah satu
ujian hidup.
Contoh yang mudah untuk kita fahami.Kalau hari ini
Allah dah tentukan kita Cuma mampu memperoleh rezeki sebanyak itu tetapi jika
kita usaha,gigih kita pasti akan memperoleh rezeki lebih dari apa yang telah
Allah tetapkan.Allah pernah berfirman,”Aku tak akan mengubah nasib
hamba-hambaku melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”.Itulah yang
dipanggil ketentuan untuk kita cabar.Nak tahu Allah S.W.T itu kreatif?Take a
look at the mirror right now.Akan jumpa jawapannya.
Hidup ini indah.Hidup ini berharga.Hidup ini terlalu
bernilai.Sudahlah berhenti menjadi manusia yang derita.Bangun untuk
ketawa.Bahagia itu ada.Allah beri.Allah kurnia.Allah bagi.Cuma kita sahaja kena
cari.Ikhlaskan hati,redakan untuk semua yang pernah terjadi.Perkara yang sama
tak akan berlaku untuk dua kali jika kita hindari.
Allah itu pengampun.Allah itu pengasih.Allah itu
pendengar.Mohonlah kepadaNYA agar kita mempunyai hati yang ikhlas untuk segala
perkara.Jika pelangi mempunyai tujuh warna,ketahuilah hidup kita mempunyai
berjuta warna.Sebenarnya hidup kita indah.Indah kerana kita punya Allah sebagai
petunjuk kita.Terlalu banyak keagungan dunia yang telah Allah kurniakan kepada
kita.Semua itu tak akan kekal selamanya jadi rasailah selagi bernyawa.
Bagi hati yang mudah rapuh ketahuilah.Allah
ciptakan kita dengan hati yang tulus untuk kita merasa dengan kesucianNYA.Bagi
hati yang sukar untuk jatuh,sedarlah sebenarnya Allah telah mengurniakan kita
dengan hati yang kuat untuk tempuh segala macam ujian dariNYA.Allah tak akan
pernah berdiam dengan ujian untuk hamba-hambanya.Berbaktilah kepada hidup
sendiri selagi boleh,sayangilah diri sendiri semampu yang boleh.Hargailah diri
sendiri sekuat yang boleh.Ingatlah harapan itu ada bagi yang berusaha.
Zaney : Harapan itu ada bagi setiap manusia yang
pernah jatuh.Bangunlah dan teruskan berjalan.Mungkin yang terbaik tengah
menunggu di hadapan.Siapa tahu bukan hari ini tapi mungkin pada masa yang akan
datang.
|