Cinta jangan bodoh
Posted on Friday, January 4, 2013, ϟ 2 comments
Cinta tak pernah mengajar sesiapa menjadi
bodoh,jadi bahlul.Tetapi manusia itu sendiri yang sengaja membodohkan
diri,membahlulkan diri dan mencelakakan diri semata-mata demi cinta.TOLONG
BERHENTI JADI BODOH SEBAB CINTA.Perasaan cinta itu halus,kenapa mesti
mengotorkan kalimah cinta tu sendiri oleh benda yang tidak sepatutnya.
Cinta tidak pernah buta tetapi manusia yang selalu
buta kerana cinta.Kenapa mesti merasakan hidup lansung tiada guna bila cinta
yang terjalin putus di tengah jalan.Kenapa mesti rasakan takdir terlalu kejam
buat kita bila cinta yang selama ini manis tetiba menjadi pahit sepahitnya.Inilah
dipanggil hidup.Lansung tiada lengkap tanpa dugaan dan cabaran.Sabarlah,Allah
tahu apa yang DIA ujikan kepada kita,tidak perlu mengajar,tidak perlu membantah
jauh sekali memprotes.Suatu masa kita akan berterima kasih semahu-mahunya
apabila kita sedar betapa manisnya nikmat ujian yang Allah beri.
Berhenti dari terus berharap pada benda yang tak
pasti.Berhenti dari terus menunggu di depan pintu yang entah ya entah tidak
akan dibuka.Sebaliknya kita terus berjalan.Celik mata seluasnya,berikan sejuta
senyuman yang penuh bermakna kepada dunia.Terlalu rugi untuk dikesalkan untuk
cinta yang tidak berkesampaian sebaliknya bersyukur.Sekurangnya Allah itu menyediakan
insan yang terbaik buat kita.Cepat atau lambat usah dipersoalkan.Yakin pada
diri,sesuatu yang terbaik akan kita kecapi di penghujungnya.Ubatnya ialah
sabar.Sabar itu tinggi ganjarannya.
Ketahuilah putus asa itu sebenarnya racun,racun
untuk segalanya.Kasihankan diri sendiri,bangkit dan bangunlah.Mohonlah kepada
Allah agar dititipkan sifat sabar,dan nilai tabah yang tinggi di dalam
diri.Allah akan memberi kepada hambanya yang meminta.Jika apa yang kita doakan
termakbul.Alhamdulillah itu rezeki kita,jika sebaliknya pujuklah hati agar
bersabar.Allah bukan tidak perkenankan doa kita sebaliknya merancang perkara
yang jauh lebih baik dari apa yang kita minta.Jika semasa di dunia doa tidak
dimakbulkan,yakinlah akhirat kelak akan dihitungkan.Janji Allah itu pasti.
Zaney: Allah tak berjanji hidup ini mudah tetapi Allah berjanji akan sentiasa berada di samping kita :)
|