DUA RIBU TIGA BELAS
Posted on Tuesday, January 1, 2013, ϟ 2 comments
Dah
2013.Cepat sangat masa berlalu,terlalu cepat.Hari nie aku dah masuk umur 21
tahun aku.Insyallah aku dah bersedia untuk menikmati dan menjalani hidup 21
tahun aku.2012 terlalu banyak dugaan,rintangan sehingga buatkan aku rasa nak
jatuh.Tapi bak kata orang jangan mudah mengalah dengan masalah,semua masalah
ada jalan penyelesaian kan.Allah duga aku sebab dia nak aku jadi budak yang
lebih kuat dan tabah dari sebelum nie.
Betul
jugak cakap orang kalau Allah itu tak bagi ujian buat kita macam mana kita nak
tahu yang Allah itu sayang kita.Aku lansung tak pernah menyalahkan takdir atas
semua yang terjadi.Insyallah aku akan ajar diri aku untuk tidak pernah cemuh
pada takdir.Tapi Allah itu adil.dia bukan sahaja turunkan ujian buat aku,dia
juga turunkan pelangi yang indah buat aku untuk aku rasa sebenarnya banyak lagi
benda yang baik dalam hidup ini yang boleh aku rasa.
Walaupun
pelangi yang Allah hadiahkan untuk aku itu tak lama tetapi aku bersyukur.aku
tahu Allah jaga diri aku dan cuba jauhkan aku dari sifat lupa diri.Sebab itu
Allah beri aku pelangi dan tarik semula pelangi itu dan gantikan dengan ujian semula buat aku untuk aku terus kekal tabah dan sabar.DUA RIBU DUA BELAS adalah tahun
yang mengukir suka duka dalam hidup aku.
2012
jugak tahun yang banyak mengajar aku untuk terus faham dan selami apa itu
cinta.Insan-insan istimewa hadir dalam hidup aku dan tinggalkan corak cinta dan
kasih sayang masing-masing.Alhamdulillah setiap persatu tinggalkan kesakitan
tersendiri yang memberi pengajaran dalam hidup aku bahawa cinta Allah itu jauh
lebih agung dan tinggi.Cinta Allah itu kekal sehingga akhirat kelak.Itu yang
pasti.Dan tak kurang juga ada yang memberi dan mengajar aku bahawa cinta itu bukan buta,masih ada cinta yang suci yang ikhlas.Terima kasih :D
Sebenarnya
sejauh mana,serancak mana,sehebat mana kita merancang tetapi kalau dah tertulis
yang dia bukan milik kita atau senang difahami dia bukan jodoh kita, seharusnya
kita patut terima.ALLAH IS THE BEST PLANNER.Allah itu tak akan menguji melebihi
kemampuan hamba-hambanya.Sebanyak mana air mata yang kita titiskan dalam dunia
ini,sebanyak itu jugalah kegembiraan yang kita ada dalam dunia ini yang
sebenarnya kita tak sedar.
DUA RIBU DUA BELAS juga menyaksikan dan meguji kekuatan aku yang paling tinggi apabila aku diuji dengan kehilangan ibu aku sendiri.Aku kuat,aku tahu aku kena kuat,semua ini telah tertulis oleh Allah.Aku harus percaya dan sedar dariNYA kita datang dan kepadaNYA juga kita akan pergi.Kelak aku juga akan merasa saat sedemikian.Ibu aku sudah pergi menemui ilahi dan aku harus teruskan sisa-sia hidup yang ada.Insyallah aku akan kuat.
Allah
itu tersangatlah adil.Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya.Sempena
tahun 2013 ini aku harap aku mampu untuk harungi segala dugaan dan ujian yang
bakal mendatang.Aku harap segala pengorbanan yang aku lakukan dalam hidup
membuahkan hasil.Aku percaya Allah itu sedang persiapkan sesuatu yang terbaik
atas segala ujian yang telah diberi olehNYA kepada aku.
2013
sudah membuka tirai bermakna aku harus membuka langkah untuk terus berjuang
bagi hari-hari yang akan datang.Kuatkanlah iman aku,cinta aku,sayang aku,kasih
aku,sabar aku untuk segala perkara di dunia ini. amin..Kadangkala kita
merasakan dunia ini terlalu tidak adil buat kita sedarlah sebenarnya Allah sedang membuka mata kita untuk sedar bahawa dunia ini lebih dari adil buat kita,Allah menguji kita sebab Allah
sedang beritahu kita bahawa masih ada manusia lain yang menerima ujian lebih
hebat dari kita.Assalamualaikum 2013,insyallah berharap tahun baru ini akan memberi
sesuatu titik positif dalam hidup aku.Amin J
Zaney:
Hidup perlu diteruskan walaupun sakit,perit,terseksa.Percaya pada janji Allah
setiap orang akan diberi olehNYA rasa kebahagiaan.Alhamdulillah 2013 sempat
menunjukkan rupa bermakna Allah juga masih berikan kita kesempatan untuk
bernyawa dan yang pasti Allah juga masih memberikan kita peluang untuk kita
terus memohon kepadaNYA :’)
|