Abah ambil posisi emak
Posted on Friday, November 30, 2012, ϟ 0 comments
Sekejap sangat masa
berlalu.Dah seminggu mak pergi tinggalkan aku dan keluarga yang lain.Soal rindu
usah cakap,tuhan saja maha mengetahui mendalamnya rindu nie.Agak berbeza sikit
hidup yang baru nie,selama lebih 20 tahun hidup lengkap dengan semuanya,ada
mak,ada ayah dan adik beradik yang lain,tiba-tiba dalam sekelip mata mak hilang
dari hidup aku selama-lamanya.
Alhamdulillah aku
sekarang dah belajar terima takdir.Ini semua ujian tuhan untuk aku,Cuma DIA
yang maha mengetahui hikmah di sebalik ujian nie.Alhamdulillah aku masih punya
abah.Buat masa sekarang abah la sebagai abah dan juga sebagai ibu.Aku tahu abah
juga berperasaan macam aku cuma dia tak pernah untuk tunjuk pada anak-anak.Aku
bangga dengan abah aku,dia tak pernah melatah dengan setiap ujian yang yang datang,seberat
mana,sekukuh mana,seperit mana pun dugaan yang datang ayah tetap tegar berdiri
dari terus terjatuh.
Insyallah aku akan cuba
jadi macam abah,tetap kuat walaupun ujian yang datang amat melemahkan.Tuhan tak
pernah jauh dari kita,Cuma kita terkadang lalai sehingga merasakan tuhan itu sangat
jauh dari kita.Tuhan maha mendengar apa yang kita adukan dan tuhan itu maha
adil,DIA tak akan menguji melebihi kemampuan hambanya,dan aku percaya tuhan
duga aku dengan ujian ini semua sebab dia yang maha mengetahui bahawa aku kuat
untuk tempuh semua ini.
Hidup perlu
diteruskan.Tak semua jalan itu lurus adakalanya kita akan jumpa simpang,adakalanya
kita akan jumpa selekoh dan adakalanya juga kita akan menjumpai gaung-gaung
yang dalam.Aku tahu aku kuat,aku mampu hadapi semua nie.Sesungguhnya tuhan itu
sangat adil,Dia ambil nyawa mak di saat aku sudah kuat untuk menerima dugaan
sedemikian.Aku sepatutnya bersyukur tuhan uji aku sebab dia tak pernah lupa
aku :’)
Zaney: Arwah mak pernah
pesan suatu ketika dahulu,berdoalah kepada tuhan selagi boleh,tuhan pun ada
perasaan malu bila hambanya sentiasa berdoa kepadanya dan meminta kepadanya
tetapi tidak dimakbulkannya.Berdoalah selagi termampu insyallah tuhan akan
makbulkan salah satu dari doa2 kita itu J
|