Mati itu pasti
Posted on Friday, November 23, 2012, ϟ 2 comments
Bila orang yang paling rapat,paling disayangi
sudah tiada baru aku faham erti kesunyian sebenar.Maybe semua orang dah tahu
yang mak aku sendiri sudah kembali ke rahmatullah.Tuhan lebih sayangkan
dia.Semua berlaku terlalu pantas.Kata orang ajal tak kira masa,tak kira tempat
dan tak kira umur.Ini takdir aku,tanggal 22/11/2012 pada pukul 8.30 a.m mak aku
dah kembali ke alam yang sudah dijanjikan oleh Allah iaitu alam
barzakh.Terkilan,sedih kecewa semua bercampur sekali.Siapa yang tak rasa
terkilan bila ibu sendiri menghembuskan nafas terakhir tanpa kita
disisinya.Tuhan maha mengetahui.
Bermula dari pukul 1.00 a.m hinggalah subuh aku
tak jauh dari mak aku sebab dapat call dari pihak hospital cakap mak aku dah nazak,pihak hospital jemput semua ahli keluarga datang ICU bacakan yassin.Dan tiba masa aku balik ke rumah untuk selesaikan apa
yang patut dapat “Emergency call” dari hospital lagi.Rasanya sebelum aku
melangkah balik mak aku dapat kembali dalam keadaan stabil.Mungkin dah ajal mak
aku sendiri dah kena “dipanggil” masa tu.Dalam perjalanan aku ke hospital mak
aku sudah hembuskan nafas terakhir.
Yang pasti ayah dan kakak aku sendiri tak cakap
perkara tu.Dengan semangat yang penuh harapan mak aku akan baik berbekalkan
surah yassin di tangan aku masuk dalam wad ICU.And you know what aku cuma nampak
sekujur tubuh kaku yang sudah tidak bernyawa dan aku pasti itu mak aku sendiri.Aku
Cuma terkulai dan menangis tepi katil,tak sanggup nak tengok muka mak aku
sendiri.Aku ambil masa,ambil nafas yang secukupnya aku cuba bangun dan dekat
dengan mak aku,aku cium dahi dia,aku cium kedua-dua pipi dia dan aku peluk dia
erat-erat.
Satu perkara yang buat aku boleh bangkit adalah
bila tengok muka mak aku sendiri habis umur dengan keadaan tersenyum.Kuasa
Allah siapa yang nak sangka.Selama seminggu dia tidak sedarkan diri dan
terlantar di wad ICU dan mungkin itu senyuman terakhir dari dia untuk anak-anak
dan suami dia sendiri.Senyuman itu saja bekal untuk kami ada sepanjang
melihat,mandi dan mengkafankan jenazah.Terlalu banyak kenangan yang tak dapat
nak dicerita selama arwah masih bernyawa di muka bumi ini dulu.Sebagai anak
bongsu agak sukar untuk aku terima tapi yang pastinya aku kena redha dengan
takdir Allah untuk aku.
Selama jenazah ditempatkan di rumah,aku tak berani
jauh dri arwah.Aku tak nak sia-siakan masa terakhir untuk lihat muka mak aku
sendiri.Dari mandi hinggalah nak dikafan aku turut serta urus arwah dengan ahli
keluarga yang lain dan semasa ciuman terakhir aku beri untuk arwah aku bisik ke
telinganya “Mak terima kasih tak pernah merungut besarkan adik,halalkan apa
yang mak pernah bagi dekat adik,halalkan walaupun setitik susu mak untuk
adik,adik sayang mak tapi Tuhan lagi sayang mak,adik kena redha,adik ingat segala pesan mak dekat adik
selama mak hidup dulu.insyallah kita jumpa di alam sana nanti”.Aku harap apa yang aku bisikkan roh mak aku dapat dengar.
Susah sangat nak lepas sebenarnya,tapi family aku
cakap kalau betul-betul sayang mak aku kena lepas.kesian dia nanti dia sedih
anak-anak tak rela dia pergi.Insyallah aku dah janji aku akan kuat.Ayah pesan yang dah
tinggalkan kita akan terus di alam sana,kita yang hidup tetap kena teruskan
hidup.Aku kena kuat sebab aku masih punya ayah.Aku kena kuat untuk ayah aku.Roh mak akan sedih bila balik rumah tengok anak-anak meratap macam nie.Aku
sudah belajar terima kenyataan,belajar atas dugaan yang tuhan beri.Sedekah
Al-Fatihah untuk mak aku agar rohnya tenang dia alam sana.Terima Kasih J
Zaney: Insyaallah mahu kumpul semangat kembali.Cuma
perlukan sedikit masa untuk terima keadaan yang baru.Allah itu ada J
|