Semua orang pernah bermasalah
Posted on Friday, November 2, 2012, ϟ 0 comments



Masalah..ada yang mudah ada yang sukar malah ada yang terkadang buat kita rasa hidup memang tiada makna.pernah sedar yang memberi masalah itu siapa?dan yang menyelesaikan masalah itu juga siapa?kita punya tuhan.kita cuma berpegang kepada tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.pernah dengar yang orang selalu cakap sabar itu indah dan sabar itu juga adalah salah satu perkara yang disukai oleh Allah.

Apa yang terjadi,apa yang bakal terjadi dan apa yang sudah terjadi semuanya sudah dirancangkan oleh tuhan.kita sebagai hamba cuma perlu menerima.Kadang kadang dalam hidup ada ketikanya kita dia atas dan ada ketikanya kita di bawah.pernah tahu yang sebenarnya bila kita jatuh,kita kecewa kita hampa,cuma ada seorang yang setia bersama kita.Tuhan,cuma DIA sahaja yang memahami apa yang kita rasa kerana yang memberi rasa sedemikian juga adalah datang dariNYA.

Allah itu lansung tidak pernah jauh dari kita cuma kita sahaja yang suka mencipta jarak antara kita dengan pencipta kita sendiri.Percayalah mengadu segala luahan rasa kepada pencipta adalah suatu nikmat yang sangat bererti.Walaupun kita tidak boleh merasa di mana kewujudannya dan tidak boleh nampak wajahnya cuma berpegang pada hati yang DIA sentiasa mendengar apa yang kita adukan.

Bersabarlah dengan ujian tuhan,ujian dariNYA bukan kerana untuk menyeksa,bukan kerana ingin melihat kita merana tapi cuma dengan satu sebab iaitu ingin melihat kita menjadi hambanya yang tak pernah mengalah dengan kejatuhan dan sentiasa kuat dengan apa jua dugaan yang mendatang.Sesungguhnya tuhan sangat sayang kepada hambanya yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diberi olehNYA.

Zaney: Semua orang pernah diserang dengan masalah,atas diri individu itu sendiri bagaimana untuk menyelesaikannya,Hidup di dunia ini tidak menjanjikan selamanya.DariNYA kita datang kepadaNYA juga kita akan pergi.bila senang kita cari tuhan untuk memanjat kesyukuran,bila susah kita tetap cari tuhan untuk memohon keredhaan.itu prinsip aku.Kalau kita tak lupa tuhan,tuhan sendiri tak akan lupa kita :)

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.