PUTUS CINTA
Posted on Wednesday, August 1, 2012, ϟ 2 comments

PUTUS CINTA?mana ada putus cinta yang tak sakit.orang gila pun akan cakap benda yang sama.ya memang putus cinta tu satu rasa yang tak boleh nak luah dengan perkataan betapa sakitnya.kalau cerita sampai sahur pun belum tentu kesakitan tu boleh hilang.Salah satu nasihat yang berasas buat masa ini.moving on.cakap memang mudah tapi nak hadapi tu yang susah.hidup nie terlalu indah untuk kita bazirkan air mata untuk benda yang memang ditakdirkan bukan buat kita.terbaca satu artikel yang buat seluruh hati nie tertarik.

"Setiap bencana yang menimpa bumi dan menimpa dirimu sendiri sudah tertulis sejak dari awal lagi dari kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya.Sungguh,yang demikan itu mudah bagi Allah."Dalam kitab sendiri dah mengeluarkan perkara sedemikian.Cuma pegang satu konsep,Allah tak akan biar hambanya berlarutan dalam keadaan kesedihan melainkan melihat sendiri hambanya dalam keadaan tersenyum.

Just "Accepting Allah fate,is the key to move on".Tuhan itu maha adil.setiap perkara ada hikmah di sebaliknya.Hargai nyawa yang tuhan beri nie untuk kita teruskan hidup di muka bumi tanpa mebazirkan seinci pun sisa-sisa hidup kita.Kesedihan akan jadi singkat bila kita sentiasa ingat pada tuhan dan cuba memohon keredhaan darinya.Andaikata kita diberi peluang untuk mengulang pada masa lalu jangan pernah ubah apa yang telah terjadi pada hari ini.Suatu hari kita akan berterima kasih untuk apa yang tuhan dugakan untuk kita ini.Kalau tak kerana si lelaki/perempuan tu yang kecewakan kita.kita tak akan pernah tahu macam mana rasa putus cinta.Semua ini mengajar kita erti kehidupan sebenar dan tunjukkan kita satu realiti yang hakiki tak semua yang kita mahu mesti kita miliki.

Zaney : Putus cinta mungkin dah berkali.jangan tanya berapa kali sebab aku tak mahu ingat.Bukan tak mahu terima kenyataan cuma tak mahu mengungkit benda yang aku dah berjaya usir jauh-jauh.Percaya cakap aku selalu diuji adalah satu anugerah tidak ternilai dari Allah.Kerana terlalu diuji mungkin sampai suatu masa air mata tak akan kelihatan melainkan semangat untuk bangkit yang menebal.Berharap apa yang dimiliki sekarang menjanjikan bahagia yang tidak berkesudahan.

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.