Bahagia tak mudah
Posted on Wednesday, July 25, 2012, ϟ 0 comments

Baru sedar nak jadi yang terbaik bukan mudah.kadang-kadang kita rasa kita dah buat sehabis baik malangnya masih ada yang kurang.salah dari kita atau dari pihak sana sendiri.aku rasa better pilih setakat jadi yang baik dari yang terbaik.bukan mahu patah hati tapi keadaan yang menunjukkan jadi yang baik sudah mampu tempah bahagia.bila buat semuanya yang terbaik tapi lansung tak dipandang sebelah mata tetiba rasa ada rasa pelik dalam hati.rasa yang boleh buat air mata jatuh secara berjemaah.nak bahagia memang mudah tapi cara nak bagi bahagia tu yang susah.tuhan tidak akan pernah diam dengan ujian untuk hamba-hambanya.

Selagi kita bernyawa dia atas muka bumi ni selagi itu lah dugaan untuk kita tak akan pernah surut.percaya suatu hari nanti kita akan berterima kasih dengan semua nie.
orang kata bercinta pada orang yang betul-betul sayang dan cinta kita bukan bercinta dengan orang yang kita sayang dan cinta kepadanya.mungkin betul ayat tu tapi mungkin jugak tidak.pernah dengar istilah hangat-hangat tahi ayam?ada juga cinta spesis macam tu kat dunia nie.manusia bermacam ragam kan.mungkin rambut sama hitam tapi jangan duga hati pun sama seperti di luaran.

Untuk umur yang menjengah ke alam dewasa mungkin cinta yang berakhir di tengah jalan tak kita inginkan.umur dah meningkat dewasa semestinya otak pun mula matang.cinta yang berakhir hingga yang halal pasti didambakan oleh semua orang.kita cuma mampu merancang tapi sebaik-baik perancang cuma tuhan dia atas sana.kalau kita jaga,pelihara,setia,jujur terhadap pasangan kita tapi kalau tuhan itu sendiri yang menginginkan kita dengan orang lain kita kena terima dengan hati yang terbuka walaupun sebenarnya hati tak merelakan perkara tersebut jadi kepada kita.selagi boleh berlaku setia,jujur kita buat semampu boleh.insyallah kalau jodoh kita dengannya pasti akan bahagia juga suatu hari nanti..

Zaney: Semoga bahagia keadaan sekarang kekal sehingga akhir hayat :)

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.