Dugaan untuk menjadi kuat
Posted on Friday, July 20, 2012, ϟ 0 comments

"Every successful person has a painful story.Every painful story has successful ending.Accept the pain and get ready for success".tu status untuk hari nie.dikirim oleh seorang insan yang sangat aku sanjung dan kagumi dalam diam.keadaan sekarang memerlukan semangat yang kuat.setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.semua nie untuk mematangkan.insyallah rezeki ada di mana sahaja.ramadhan kali nie tuhan bagi banyak dugaan dan semuanya ada hikmah.

Insyallah ramadhan kali nie boleh langsaikan solat terawih sebanyak mana yang boleh.banyakkan ibadat mohon ada kejayaan di hadapan.tak lupa doa jugak untuk kebahagiaan.masing- masing dah jauh.cuma kesetiaan dengan kejujuran sebagai penguat.harap punya ending yang bahagia di penghujungnya.hati berat tapi untuk masa depan kena relakan jugak.insyallah selagi masing-masing pertahankan hubungan jarak jauh nie akan ada keajaiban jugak di penghujung.
Pandang langit dan tunduk kembali memandang tanah.semua kepunyaan tuhan.terlalu banyak benda berharga di dunia ini yang tak habis untuk kita nikmati.kenapa perlu tangisi dugaan sementara yang tuhan beri sedangkan banyak lagi hikmah yang tuhan nak beri di hadapan.sepatutnya berterima kasih yang tak terhingga untuk dugaan yang tuhan beri.sebab dari dugaan sedemikian kita tahu apa kekurangan yang ada pada kita.Percayalah tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita..

Zaney : Semangat agak hilang.kepala semak dengan bermacam kemungkinan.alhamdulillah ramadhan menjelma esok hari.harap dugaan yang tiba saat ramadhan ni mempunyai hikmah di sebaliknya.Untuk orang jauh jaga diri sebaik mungkin,ingat pada janji,jaga hati sebaik yang boleh,jangan pernah lupa tujuan asal,utamakan study,harap dapat bawa pulang kejayaan di penghujung nanti,moga dapat sama-sama berjaya dan jangan pernah lupa berdoa untuk kebahagiaan kita.insyallah amin..

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.