Hidup
Posted on Thursday, March 28, 2013, ϟ 0 comments
Semua
manusia pernah melakukan kesilapan.Bukan namanya manusia jika kita sendiri
lansung tidak pernah lakukan kesilapan.Kita seringkali terlalai pada kewajipan
kita kepada yang Maha Esa.Bila kita bahagia,kita lupa DIA,bila kita gembira
kita lupa DIA lagi,bila kita mengecapi kenikmatan hidup kita masih lupa DIA
lagi.Kita adakalanya terlupa apa yang kita rasakan semua itu sebenarnya datang
dari keredhaan DIA.Tetapi yang ajaibnya apabila kita susah kita cari
DIA,apabila kita sedih kita cuba cari DIA lagi,apabila kita rasa sudah tidak
ada telinga yang mampu untuk mendengar luahan kita lagi kita tetap cari
DIA.Tuhan itu juga punya rasa sedih,rasa malu seperti hamba-hambanya.
Aku
juga seperti itu,adakalanya aku terleka dengan keasyikan dunia sehingga aku
lalai tentang kewajipan aku kepada pencipta aku sediri.Sehinggga sampai aku
terjatuh aku kembali mengingatinya.Sungguh aku malu kepada pencipta aku
sendiri.Bila senang aku lupa DIA bila susah aku cari DIA.Aku muhasabah diri
sendiri sampai bila mahu meratap benda yang sudah terjadi.Yang terjadi tak akan
berpatah kembali yang mampu dilakukan hanya perlu menghindarkan agar tidak
terjadi lagi.Rezeki itu ada Cuma masa untuk mengecapinya sahaja hanya tuhan
yang mengetahui.
Wahai hati-hati yang
pernah rapuh,pernah jatuh.Bangkitlah kembali menjenguk dunia dan penciptanya.Tiada
apa yang perlu dikesalkan di dalam dunia ini.Sebanyak mana air mata yang kita
tumpahkan sedarlah sebanyak itu jugalah malah lebih dari itu jugalah keajaiban
dunia yang kita ada yang sebenarnya kita masih belum cari.Percayalah tuhan
menguji bersebab,tuhan menjatuhkan juga bersebab.Cuma DIA sahaja yang
mengetahui apa yang direncanakannya.
Ingatlah tuhan apabila
kita bahagia dan ingatlah tuhan apabila kita jatuh.Berdoalah
kepadaNYA,sembahlah kepadaNYA,sujudlah kepadaNYA dengan penuh perasaan rendah
hati.Tumpahkan semahu-mahunya air mata di tikar sejadah,menangis sepuasnya
memohon kepadaNYA,ceritalah segalanya kepadaNYA.Allah itu maha mendengar apa
yang hambanya adukan.Percayalah bahawa kekuasaan Allah itu wujud di sekeliling
kita.
Untuk hati-hati yang
pernah patah,pernah ranap semahunya,ketahuilah.Mungkin tika ini,saat ini kita
dipayungi dengan awan yang mendung.Tetapi yakinlah awan mendung itu tidaklah
lama untuk dibandingkan dengan kebodohan kita menyumpah diri sendiri,merugikan
diri sendiri untuk perkara yang tiada gunanya.Yakinlah awan mendung itu kelak
akhirnya akan berarak pergi meninggalkan kita dan akan digantikan dengan
pelangi yang indah,terlalu indahnya.Tuhan itu maha adil.Allah itu tahu apa yang
terbaik untuk setiap hambanya-hambanya.
Bangkitlah wahai hati yang
pernah jatuh,pemberian Allah di dunia ini terlalulah indah buat kita.Percayalah
selagi kita ingat pada ALLAH selagi itulah ALLAH juga akan pelihara kita.Jangan
takut untuk memulakan sesuatu,jangan takut untuk mengambil risiko,tidak semua
berakhir dengan kemanisan di hujungnya,jika perih penyudahnya Maybe this is
your destiny, dan apabila manis penyudahnya Maybe this is your lucky.
Zaney: Allah turunkan
ujian melalui pelbagai bentuk.Allah menguji tanda sayang.Tanda rindu :)
|