Pilih untuk tidak mulakan kembali
Posted on Friday, April 13, 2012, ϟ 2 comments

Mulakan sesuatu yang pernah kalah suatu ketika dulu bukannya perkara yang mudah.aku bukan patah hati atau serik mungkin lebih kepada memberi ruang kepada diri sendiri untuk mengumpul setiap kekuatan yang ada hari demi hari sebagai bekalan sekiranya terpaksa melepaskan sekali lagi suatu masa nanti.mana ada manusia yang tak senang bila dirinya dicintai dan disayangi.saat itu terlalu berharga untuk dilupakan even benda tu memang bukan milik kita lagi.

Hidup perlu diteruskan dan perlu diperjuangkan.walaupun kiri dan kanan dugaan dan cabaran setia menanti insyaallah berkat kesabaran semua tu dapat dikalahkan juga.sejujurnya hidup sekarang banyak mengajar aku perkara yang berharga.satu benda yang pasti ialah hidup dengan bertongkatkan kaki sendiri.alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana masih kurniakan orang sekeliling yang setia sayang dan ambil berat tentang aku.

Walaupun pernah jatuh suatu ketika dulu tapi aku tetap kuat bukan cuma orang sekeliling setia dengan sokongan tapi kerana allah itu sendiri yang sebenarnya mengurniakan aku kekuatan yang sememangnya aku tak pernah nampak.thanks god.yang berlalu tetap berlalu.kalau diberi peluang untuk kembali ke masa dulu.buat masa ni aku cuma akan kata aku tak akan ubah sedikit pun segala yang pernah terjadi masa silam aku.
Semua yang pernah terjadi masa silam aku dah aku bukukan dalam satu kamus dan aku buat ia sebagai guru terbaik yang pernah aku ada.semua itu pengalaman yang buat aku kuat dan sedar apa itu kehidupan.aku tak pernah menyalahkan setiap perkara yang pernah terjadi pada masa silam aku.kejatuhan buat aku rasa bangkit.even sakit tapi tetap kuat.dalam selesa dengan keadaan sekarang perkara yang lama datang untuk kembali mulakan seperti dahulu.hendak mulakan memang mudah tapi untuk pengakhiran tak selalunya seperti yang diharapkan.

Sekarang perkara yang paling mudah ialah balik kepada maha pencipta serahkan segalanya di tangannya.kalau jodoh tak ke mana.tu janji tuhan kepada hambanya.bukan menanam sikap pentingkan diri,ego yang tinggi dan sewaktu dengannya cuma merasa keadaan sekarang mungkin lebih better tanpa mulakan dengan sesiapa terlebih dahulu.cuma senyum sahaja demi satu kebahagiaan yang diperlukan dalam hidup.insyaallah sesuatu yang terbaik telah dirancang atau tengah dirancang olehNYA untuk kita selagi kita bersabar dan bersandar kepadanya.

Zaney: Bila disoal aku inginkan seperti dahulu atau tidak?seikhlas dan sejujurnya aku menjawab maaf mungkin tidak tapi aku tak akan pernah tolak andai jodoh memang dah ditentukan dengannya.bukan tak pernah merindu tak pernah mengingat tapi itu semua cuma rasa yang hadir bila kenangan menari nari dalam kepala batu aku.aku bukan mencari kesempurnaan tapi lebih kepada mengenal diri aku sendiri.terima kasih sebab pernah memberi pelbagai warna dalam hidup ini sampai tak pernah terkira.itu salah satu anugerah sementara yang tuhan pernah beri.thousand thank you :)

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.