Persahabatan dan percintaan
Posted on Sunday, April 1, 2012, ϟ 6 comments

Penah terfikir kenapa sahabat baik yang kita penah ada sekarang tak ja bercinta dengan kita?soalan cepumas kan.celaka apa bawak keluar soalan yang macam tu.senang kan kalau sahabat baik yang kita ada sekarang jadi bf/gf kita.kita dah tahu apa yang dia tak suka,dah tahu apa kegemaran dia,dah tahu perangai luar dan dalam dia.kan senang kalau bercinta pun.sahabat membawa erti sahabat.tetap sahabat walau ke mana pun.kadang kadang kita tak pernah sedar dan tak pernah sangka yang sebenarnya hubungan  percintaan bermula dari jalinan persahabatan.dari berkawan baik tak mustahil akan wujud perasaan cinta.bila sama sama ambil berat,sama sama selalu berhubung tak heran la kalau timbul sikit perasaan extra dari seorang sahabat.

Sometime kita kena fikir sahabat tak selalunya boleh melangkah ke arah percintaan satu alasan yang konkrit boleh diterima pakai cuma satu.jika ditakdirkan hubungan percintaan yang kita jalin tak menjanjikan ending yang sepatutnya,mungkin goyah atau atas sebab lain kita akan tetap kembali kepada hubungan asal iaitu persahabatan.untung juga kalau ada yang break boleh kembali sebagai sahabat kalau ada yang hilang dua dua.

Cinta hilang sahabat pun hilang kategori macam mana yang kita nak bagi pada nasib orang yang tergolong dalam ketegori tu.tak semua percintaan yang bermula dari persahabatan tu berakhir dengan ending yang tak memuaskan ada yang bahagia sampai ke jinjang pelamin.penah dengar satu fakta kan.nasib manusia lain-lain.kalau tuhan dah tentukan seseorang tu bahagia sampai ke akhir hayat dengan sahabat baik sendiri alhamdulillah.

Anggap saja tu takdir terbaik yang tuhan dah beri kepada kita dan andaikata tuhan dah tentukan kita tak berjaya dengan percintaan dengan sahabat sendiri tetap juga bersyukur kerana kita masih punya sahabat sejati yang kekal menjadi sahabat yang baik walaupun tak berjaya dalam bercinta.tuhan tu maha adil.setiap dugaan yang dia beri ada hikmah di sebaliknya.kita sebenarnya perlu bersyukur kerana tuhan tu tak pernah lupa kita.tak perlu menyalahkan diri sendiri atas kesilapan kita terlanjur bercinta dengan sahabat sendiri.tu cuma kekhilafan kita.perkara yang berharga yang kita peroleh dari situ cuma pengalaman.tu pelajaran penting yang kita dah dapat sebenarnya.apa yang kita lakukan semuanya datang dari kita sendiri.yang penting tetap kuat walaupun jatuh insyallah.Selamat Datang April :)

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.