Kenangan
Posted on Saturday, April 7, 2012, ϟ 4 comments

Kenangan ternyata kadang kadang membuatkan kita mengalir air mata.tapi pernah sedar dalam mengalirkan air mata kita turut juga akan tersenyum.tersenyum kerana suatu masa dahulu kita juga pernah merasa bahagia.sometime bila duduk seorang diri kenangan lama terus datang menjengah.paling banyak kenangan yang datang mungkin moment tentang cinta terdahulu.satu peringatan di sini kalau rasa diri belum kuat untuk mengingat moment cinta terdahulu better batalkan saja niat tersebut.cari kekuatan sendiri lakukan aktiviti lain sampai satu masa kita betul betul dah yakin yang sememangnya dia bukan milik kita dan kita redha dengan takdir yang tuhan dah tetapkan baru fikir untuk masuk dalam alam kenangan.
Setiap  satu persatu cinta yang pernah hadir dalam hidup kita meninggalkan tapak yang memberi moment yang tersendiri.sebahagia mana pun cinta yang kita pernah bina mesti juga pernah terselit sedikit duka kan.mana ada cinta yang tak pernah goyah.itu satu fakta yang pasti.mungkin ada sesetengah manusia yang tak mampu terima kenyataan bila cinta berakhir dengan babak yang menyedihkan.

Menyalahkan diri sendiri,mencaci orang lain,dan merosakkan hidup sendiri.balik kepada pencipta.dia yang paling setia berasa di sisi kita dan maha mendengar apa yang kita ceritakan.kita selalu terlupa yang kita punya semangat yang sengaja kita pendamkan.bila jatuh cuba bangun dan belajar mengukir senyuman untuk hari hari seterusnya.mungkin susah tapi tetap yakin yang kita mampu.jangan pernah menyalahkan orang lain bila kita sendiri tak mampu berbuat sedemikian.dia pergi cuma meninggalkan kenangan buat kita.yang itu saja bekal untuk kita dari dia.sebenci mana pun kita kepada dia cuma ingat satu benda yang dia orang yang kita pernah sayang suatu masa dulu dan pernah buat hari hari kta bahagia bersama dia.mengingat perkara sedemikan bukan bermakna kita tak mampu untuk lupakan dia.

Mana ada manusia mampu buang sekelip mata semua kenangan dari hidupnya kecuali allah takdirkan dia hilang ingatan.itu sahaja reason yang konkrit boleh fikir buat masa sekarang.mahu atau tidak kenangan tetap kekal menjadi kenangan.kepada kita manusia yang sememangnya tak sempurna cuba gunakan kenangan tersebut untuk bangkit menjalani hidup seprti biasa.kenangan itu semua pelajaran terbaik untuk kita terus bangkit menjadi manusia yang kuat dan tak kan mudah mengalah dalam hidup.insyallah setiap perkara yang terjadi ada hikmah yang tersendiri.teruskan berjalan mugkin ada yang terbaik tengah menunggu kita di hadapan.

Zaney: Sejujurnya aku sekarang hidup dengan mengingat kenangan dulu.cuma mengingat bukan mengenang separuh mati.aku punya hidup yang perlu diteruskan.kepada insan-insan yang aku rindu.tahniah kerana sudah berjaya membangkitkan kembali memori aku kepada anda semua.tersenyum bila melihat kalian semua bahagia.semoga terus kekal dengan keadaan sedemikian.
p/s: Rindu lulu.monyet comel saya :)



Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.