Berpuas hati dengan keadaan sekarang
Posted on Saturday, March 31, 2012, ϟ 0 comments

Kadang kadang kita sendiri tak pasti apa yang kita nak dalam hidup.sakai kan!terlalu banyak hal-hal yang baik datang dalam hidup cuma belum pasti yang mana satu yang terbaik.bila fikir tentang cinta,perlu ka semua tu lagi?bukan serik,bukan takut tapi cuma ambil masa untuk menilai patut atau tidak punya cinta pada masa sekarang.duduk terdiam sorang sorang tetap fikir apa jalan yang  nak sebenarnya.cinta tu indah,cinta tu manis,cinta tu bahagia tapi kalau cinta tu sekadar untuk mengecewakan lebih baik cinta tu tak penah hadir.

Jangan sesekali mengaku yang kita tak cinta kalau hati kita sendiri masih tak boleh lupakan orang tu.sebenarnya melepaskan orang yang kita sayang tu lebih mudah berbanding untuk lepas segala kenangan manis kita dengan dia kerana jika seseorang atau sesuatu telah pergi yang ditinggalkan cuma kenangan.memori yang ditinggalkan tu sebenarnya yang buat kita sakit.senyuman mungkin boleh tipu semua orang tapi tak boleh tipu diri sendiri.kalau hidup sekarang lebih bahagia mungkin jalan tu yang kita kena pilih untuk masa sekarang.ambil masa semahunya untuk menerima cinta semula.jangan kerana menilai ada yang merasa sakit.

Berhenti kalau rasa itu sudah cukup,beredar kalau rasa itu cuma bahagia sementara,senyum dan ucap selamat tinggal kalau rasa ia bukan pilihan.perkara yang mudah dalam percakapan adakala sukar untuk kita buat.teruskan berjalan kalau rasa tanpa cinta untuk masa sekarang akan lebih bahagia.betul kata orang kebahagiaan tu seperti mengejar rama-rama,kalau kita terlalu sibuk mengejarnya dia akan lari daripada kita,tapi bila kita berhenti dan alihkan perhatian kita kepada perkara lain ia akan datang dan hinggap di bahu kita.percaya pada hati yang sebenarnya cinta yang ikhlas tu wujud.bersabar selagi boleh insyallah bahagia akan sentiasa ada untuk kita.

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.