Wayang cinta
Posted on Sunday, March 4, 2012, ϟ 0 comments

Cinta ternyata memang tidak boleh dipaksa.hati dan perasaan jika dipaksa mungkin kebencian pulak yang akan datang.tolong jangan pernah memaksa seseorang mencintai kita.perasaan bercinta pada yang tidak sudi memang sakit.sewenangnya hati kita dipermainkan macam tak pernah ada perasaan.sebaliknya bercintalah pada yang sudi.nikmat saling mencintai mungkin terasa walaupun cuma sementara.bersifat sementara atau tidak cuma masa yang menentukan.yang penting kita pernah merasa bahagia.

Biar bercinta kepada orang yang mencintai kita sekurangnya kita boleh membalas kasih dengan ikhlas.putus di tengah jalan?itu bukan kesilapan tapi pengalaman.tak semua jalan tu lurus banyak sangat cabang yang kita terpaksa lalu sehingga kadang kadang tersasar lalu jatuh terjelepok.please jangan mudah menyerah,menangis menyalahkan diri sendiri dan sesiapa saja.bangun dan teruskan berjalan sehingga berjumpa penamat bahagia yang sedang tunggu kita.tulang rusuk kiri kita?

Percayalah dia sentiasa ada.lahirnya kita di muka bumi nie tuhan dah tentukan pun siapa pemilik tulang rusuk kiri kita.tak perlu mencari yakinlah dia tetap akan datang kepada kita.yang penting kita berdoa datangnya dia sebagai lelaki yang kuat agamanya,cukup amalnya dan yang penting dapat memimpin kita ke jalan yang benar.terima kasih saja kepada wayang cerita cinta yang berkesudahan dengan ending yang tak memuaskan.

Tepuk tangan sekuatnya walaupun sakit dan bangun beredar dengan perasaan yang bangga.sebenarnya wayang tu dah mengajar kita satu pengajaran yang baru.walaupun selepas nie wayang yang akan kita lalui tetap bagi pengajaran yang sama anggap saja semua tu ujian tuhan untuk kita agar kita menjadi manusia yang kuat.kadang kadang dalam hidup jatuh sekali adakalanya tak bermakna mungkin dengan jatuh untuk ke berapa kali seseorang itu akan mula celik mata dan berhenti jadi bodoh dan kesian untuk diri sendiri.suka atau tidak hidup memang tak selalunya indah.hanya masa yang mengubat segala luka.percaya pada diri kuatkan hati yang kita mampu untuk tempuh apa saja dugaan yang datang selepas nie.insyallah ...

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.