Ujian dan kehilangan
Posted on Wednesday, February 29, 2012, ϟ 5 comments

Takut kan bila kehilangan.takut sangat sebab kehilangan tu rasanya sakit.tapi percayalah apa yang kita ada sekarang tak selalunya dimiliki sampai bila bila.kalau sampai selamanya tu anggap ja memang takdir terbaik yang tuhan tetapkan untuk kita macam tu.cuma ucap alhamdulillah.cinta tu boleh datang dan pergi.semua orang layak bercinta dan dicinta tetapi jodoh antara cinta yang kita ada sekarang kekal atau tidak hanya tuhan maha mengetahui.bukan senang nak jaga cinta.perlukan keserasian,kejujuran,dan saling percaya.bunyi macam mudah tapi sukar untuk kita buat.bagi cinta yang tamat dengan penyudah yang menyedihkan cuma terima dengan redha dan ikhlas.memang sukar untuk terima tapi apa salahnya sekurangnya kita mencuba.

Anggap ini semua ujian tuhan untuk menjadikan kita hambanya yang kuat dan tabah.percayalah semua ujian yang tuhan beri ada hikmah di sebaliknya.jangan cepat melatah dengan situasi yang memang kita sendiri tak pernah minta.tuhan maha adil dia tak akan pernah tengok hambanya dalam kesusahan.Kadang kadang insan yang pernah kita sayang tu bukan setakat anugerah tuhan untuk kita tapi juga ujian tuhan untuk kita.manis cuma sementara pahit jugak penyudahnya kan.semua tuhan dah atur,tak ada mendung yang tak jumpa cerah.yang penting percaya pada hati yang kita kuat untuk tempuh semua nie.

Mulakan dengan hidup baru walaupun tanpa orang yang pernah kita sayang kita cinta macam hari hari sebelum nie.kalau dia kuat kita mesti kuat,kalau dia boleh kita mesti boleh dan kalau dia mampu kita mesti mampu.terima kasih untuk dia sebab pernah beri pengalaman yang buat kita sedar yang perjalanan kita jauh lagi sebenarnya.terlalu banyak ujian,dugaan yang akan kita terima pada masa yang akan datang.tak guna persalahkan diri masing maisng dan tak guna juga saling merpersalahkan antara satu sama lain.tu semua kekhilafan bersama,mungkin ada yang lebih baik yang tengah tunggu kita selepas nie.walaupun tak pasti bila tapi percayalah hari tu akan tiba juga :D

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.