Kehidupan
Posted on Monday, February 27, 2012, ϟ 3 comments

Apa yang kita faham tentang kehidupan?cuma tau hidup tapi tak faham apa erti kehidupan.kehidupan banyak lorong,banyak cabang dan bermacam ragam.yang pasti adakala kita di atas dan adakala kita di bawah.tu hakikat bukan auta.kerana kehidupan kita jumpa pengalaman,kerana kehidupan kita rasa sakit,kerana kehidupan kita pernah jatuh,kerana kehidupan kita kenal diri kita sendiri.terima kasih yang tak terhingga untuk kehidupan kita sendiri.

Tak semua jalan cerita sesuatu kehidupan tu manis berjumpa pahit jugak kan.yang penting be strong.cuba kuat untuk bangkit,cuba kuat untuk kumpul semangat dan cuba kuat untuk himpun kesabaran.sekali jatuh jangan mudah mengalah,bangun dan toleh ke belakang seketika dan terus buka langkah maju ke depan.di belakang satu kenangan di hadapan satu kehidupan selanjutnya.

Tak guna hidup dibuai kenangan.kenangan cuma untuk diingat bukan untuk dikenang.dalam hidup ujian tuhan sentiasa menguji.terletak atas diri kita untuk kuat menempuh ujian tersebut atau tidak.sehebat mana kehidupan kita pun kita tetap akan balik kepada maha pencipta.sesedih mana pun sesuatu kehidupan luah kepada maha pencipta.tumpahkan air mata selajunya kepada dia.kita tidak nampak tetapi tuhan maha melihat dan maha mendengar.percaya satu janjinya Tuhan tak pernah ambil apa yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik :)

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.