Di sebalik mimpi
Posted on Sunday, February 26, 2012, ϟ 0 comments

Percaya atau tidak pada mimpi?orang cakap mimpi tu mainan tidur.ntah la aku belum faham tentang mimpi sepenuhnya tapi bagi aku mimpi tu kadang kadang tak selalunya mainan tidur ada jugak petanda something yang akan datang,pergi atau berlaku dalam hidup kita.teringin nak taw sepenuhnya benda di sebalik mimpi tapi sampai sekarang masih belum jumpa benda alah tu.semalam mimpi aku agak pelik.nak kata kejam tak,sedih tu ada sikit,kecewa mungkin turut jugak ada sikit.aku rasa tidur aku semalam agak dasyat dan aneh sampai berpeluh aku mimpi.tiba tiba aku terkejut terus buka mata.benda pertama yang aku ucap masa buka mata tu cuma "alhamdulillah nasib ni semua cuma mimpi".

Dalam hati sampai sekarang masih terfikir tentang mimpi tu.petanda apa la mimpi aku malam tadi.dalam kepala otak yang sedia serabut nie asyik fikir benda yang negatif.aku cuba padam perasaan jahat tu dan gantikan dengan fikiran yang positif tapi tetap tak berjaya.fikiran yang negatif still jugak nak menang dan duduk di tangga nombor satu.sekarang dalam hati cuba bagi kata kata semangat sendiri,nasihat sendiri dan segalanya sendiri.sekarang kena bersiap sedia dengan kemungkinan yang akan berlaku.kalau jatuh juga penyudahnya tak pa cuma bagi satu senyuman sebagai tanda penamat,kalau masih belum ada tanda tanda penamat tetap bagi senyuman sebagai tanda bersyukur.tipu lah kalau ada manusia yang tak mendoakan kebahagiaan dalam hidup dia.kita sentiasa berdoa dan tuhan sentiasa mendengar.

Tuhan tak pernah lalai dengan setiap doa hamba hambanya.kadang kadang tuhan tu akan makbulkan doa kita dalam situasi yang menyedihkan.masa tu kita punya la salahkan diri kita,salahkan diri orang lain dan terkadang sampai terlanjur salahkan tuhan sendiri sebab tak beri kebahagiaan kepada kita.kita marah,caci,hina,geram sampai lupa diri.benda yang berlaku tetap dah berlaku kan.tapi percayalah satu masa akan tiba di mana kita akan senyum seikhlasnya dan mengucap syukur dalam hati dan mula mempersoalkan tentang kebijaksanaan kita buat keputusan di masa lalu.lain pulak dengan situasi di mana tuhan makbulkan doa kita dalam situasi penuh dugaan.macam macam dugaan dia bagi,ada yang sangat sangat sakit,ada yang kecewa teruk dan macam macam dugaan lagi la.motifnya cuma satu.nak uji adakah kita nie kuat atau tidak.apa pun yang datang kita terima dengan redha.mungkin ada yang terbaik untuk sesuatu kejadian yang berlaku.

Satu nota kecik untuk mimpi aku malam tadi "Terima Kasih sebab dah mendasyatkan tidur aku malam tadi,aneh sungguh mimpi tu tapi aku tak cakap pelik sekadar aneh.kenapa mesti wujud mimpi yang macam tu?sebab aku terlampau fikir atau memang ada petanda di sebalik mimpi tu?terima apa pun dugaan yang datang dengan redha dalam senyuman.baru awesome kan haha.hope malam nie mimpi yang macam tu tak datang lagi.cukuplah sekali sebagai mengingat.jangan la mimpi terlalu kerap takut semangat yang ada tak kuat macam yang ada sekarang.terima kasih sekali lagi wahai mimpi yang ngeri lagi awesome :)

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.