Perkataan Maaf
Posted on Sunday, February 26, 2012, ϟ 0 comments

Perkataan maaf satu benda yang mudah tapi sukar disebut oleh manusia.malu atau ego mungkin.pelbagai sebab yang akan diberi kalau dikata "pi ja la mintak maaf kat dia,apa yang susah sangat".kalau yang malu akan bawa keluar statement yang berunsur malu,kalau yang ego pulak uish tepuk meja bangkang sebolehnya.tu yang dipanggil hidup.

Lain manusia lain ragamnya.kenapa kena wujud istilah maaf dalam persekitaran kita.celaka apa wujud benda alah tu??buat salah pandai tapi tak taw adab untuk nak mengaku salah kan.that why wujud perkataan maaf.tak ada celaka apa tu semua salah satu pelengkap dalam hidup.kita selalu nasihat orang buat salah pandai2 la minta maaf.tapi adakah kita buat macam yang kita nasihat?tak semua orang yang mengucap perkataan maaf tu ikhlas dari hati.

Percayalah yang mudah mengucap perkataan maaf tak selalunya ikhlas.ada yang cuma menjaga hati tapi tak kurang juga ada manusia yang jenis ikhlas dan mudah mengaku salah sendiri.tu semua terletak atas diri individu tu sendiri.persoalan maaf sekarang nie bukan perlu atau tidak tapi yang penting ikhlas atau tidak lepas tu baru fikir kalau betul-betul ikhlas tak ada sebab untuk malu ucap perkataan maaf.kita manusia tak pernah lari dari buat silap.karma hidup sentiasa ada,yang menentukan bila tiba waktu karma menguji cuma DIA yang satu.

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.