Hidup dan perjalanan
Posted on Sunday, February 19, 2012, ϟ 0 comments

Hidup merupakan satu perjalanan.terserah atas diri kita sendiri untuk terus melangkah ke depan atau kekal dengan kedudukan yang sedia ada.Allah sentiasa beri kita ruang untuk ubah hidup kita ke arah yang lebih baik tu bermakna hidup kita sentiasa ada peluang untuk jadi lebih baik dari sekarang yang penting cara kita untuk rebut peluang tu.hidup tak selalunya indah kan.betul la cakap sesetengah orang hidup kita umpama roda adakala kita di atas adakala kita di bawah.tak salah pun kata-kata tu.ada betul jugak.

Pernah rasa cemburu tengok hidup orang lain bahagia macam tak dak masalah?sedangkan kita sakai macam orang tak betul sebab terlalu banyak dengan masalah dunia yang tak pernah sudah.musuh yang mencetus masalah kita sekarang nie cuma satu,fikiran kita sendiri.selagi kita berfikiran negatif selagi tu lah kita akan sentiasa bergelumang dengan masalah.kata-kata kita sendiri kadang-kadang satu doa.tanpa kita sedar dalam diam kita dah mendoakan tentang keburukan pada diri kita sendiri.

Selagi kita mengingat,selagi kita terlalu memikirkan tentang masalah sama ja macam kita mintak masalah tu lagi betambah rumit.sebaliknya cuba berfikiran positif insyallah everything will be fine.orang yang hidup bahagia jarang bergelumang dengan masalah sebenarnya manusia yang sentiasa berfikiran positif dalam hidup.tak pernah judge sesuatu benda sebelum lihat sendiri apa keburukan dan apa kebaikannya.sebenarnya situasi negatif ada gunanya jugak.tak semua kejatuhan tu ada buruknya.tapi cuba pandang dalam situasi yang berbeza.selami situasi tu dan jadikan sebagai pengalaman juga buat sebagai pengajarn.hidup kalau tak berpandukan dari pengalaman lampau mana nak taw apa pengajaran yang kita dapat.

Malang kalau hidup tak dapat nak beza yang mana baik dan yang mana buruk.cubalah sedar yang sebenarnya dalam hidup kita sentiasa ada peluang.peluang ke arah kebaikan dan ke arah keburukan sama naik ja.semua tu terletak atas diri kita.kalau buruk yang kita pilih maka buruk la yang kita dapat tapi kalau baik yang kita pilih maka baik la yang kita dapat.ingat dan pegang satu benda.manusia boleh berubah jika diberi peluang tapi tak semua peluang yang datang tu menguntungkan.percaya pada diri dan sentiasa yakin agar setiap langkah yang kita bukak dalam hidup tak tersasar ke arah yang merugikan.

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.