Pilihan
Posted on Saturday, May 5, 2012, ϟ 0 comments

Sekian lama hidup dengan masih tiada jawapan untuk yang mana satu plihan.bila disoal cuma mampu tersenyum dan cakap aku masih tiada pilihan dan aku memang tak akan memilih yang mana satu buat masa sekarang.sejujurnya memang buntu.baru tersedar membuat pilihan yang terbaik dalam hidup bukan mudah.ikhlas dari hati yang masih ada baki serik dalam hidup.

Mungkin takut untuk berdepan dengan kejatuhan kembali.itu semua tuhan punya kerja kita sebagai hamba cuma terima dan sabar dengan segala ujian yang diberi olehNYA.kadangkala terfikir langkah sekarang yang semakin laju mungkin terpaksa aku perlahankan secara diam.bunyi seakan kejam tapi cuma berniat tak akan ada banyak lagi yang akan merasa sakit.sungguh sakit itu memang perih.aku manusia jadi aku faham manusia punya hati yang boleh merasa pelbagai rasa.Sayang orang memang mudah,cinta orang juga memang mudah.kadangkala sayang dan cinta cuma di mulut.manusia seakan ragu dengan kata hati sendiri sama ada sayang dan cinta itu wujud ikhlas dari hati atau tidak.yang itu sebenarnya yang susah dan membuatkan cinta itu sebenarnya tulus.


sebelum membuat pilihan masih fikir kesan negatif dan positif,masih perlukan pendapat orang sekeliling dan yang paling hakiki petunjuk dari tuhan.sungguh aku memang tak kuat jika diberi untuk membuat pilihan secara bersendirian.sekuat mana pun semangat yang aku ada sometime orang sekeliling juga sangat penting untuk aku terus berdiri dan terus menjadi manusia yang kuat.

Orang sekeliling nampak yang mana berusaha dan yang mana cuma berharap tanpa usaha.bila ditanya yang mana satu terbaik sudah tentu yang tak pernah duduk diam dan sentiasa berusaha itu yang menjadi pilihan.aku terdiam dan berfikir.ada kebenaran juga kata kata itu semua.aku kena terima hakikat walaupun banyak cuma satu yang perlu aku pilih sebagai pilihan.

Bunyi macam sukar.mahu atau tidak aku perlu berdepan dengan kenyataan.zaman yang sekarang aku nikmati mungkin perlu aku tutup tidak berapa lama lagi.mungkin bahagia yang tuhan beri sekarang masih juga terselit ujian darinya.aku perlu bersedia dan kuat andai perkara yang dinamakan sakit menjelma lagi.sekarang yang setia mendengar segala luahan cuma yang di atas.segala kesulitan aku ceritakan cuma berharap dia mendengar dan memberi petunjuk dalam membuat pilihan yang terbaik.insyaallah..

Zaney: Bila ditanya soal sayang.yaa aku mengaku yang aku sayang.bila disoal tentang cinta sejujurnya masih tiada jawapan.kata orang cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk.untuk masa sekarang aku perlu kuat dan perlu yakin dengan pilihan yang sudah aku buat.harap ini yang terbaik.aku bukan gilakan kesempurnaan tetapi cuma mahu yang terbaik untuk hidup aku sendiri.mungkin agak lama untuk menanti hari yang ditunggu.tapi dalam hati tidak sabar untuk memberi sesuatu yang dirasakan berharga pada hari lahir seseorang.

Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.