Cari
Posted on Thursday, January 9, 2014, ϟ 1 comments








Hari nie aku cari.
Tak ada.Ok baik.
Esok aku cari.
Masih tak ada.Tak mengapa.
Lusa aku masih cari.
Tetap tidak ada.

*Diam*


Aku dah cuba cari.
Hari ini,esok dan lusa.
Jawapan masih sama.
Tidak ada.






Dah berkali aku kata.
Kadang ego itu membunuh.
Jadi aku ada satu keputusan.
Kau dengan ego kau.
Aku dengan ego aku.
Ok deal.


Kunyah dan telan.
Hadam sampai lunyai.
Aku tunggu.
Sampai kau pula yang mencari.
*Senyum*


Zaney: Aku tak pernah meminta.Sampai kau yang buat aku minta.Jadi selamat mencari.


Kita ada Allah
Posted on Sunday, June 30, 2013, ϟ 2 comments





Dukacita selalunya berjaya bawa manusia kenal Tuhan.Itu prinsip yang aku pegang.Biasalah manusia masalah seiring dengan perjalanan.Untuk jadi orang yang sabar dalam segala hal bukan benda yang mudah, dan itu yang tengah aku cuba untuk belajar.Semua pernah sakit pernah jatuh, pernah terduduk.Perkataan untuk semua tu cuma move on. Allah uji kan tanda sayang.Sebab sayang dia bagi kita lemah dia beri kita sedih.Dia nak lihat sejauh mana kita letak Dia dalam hati kita.


Selalunya bila aku ada masalah tak kisah dari segala segi aku suka diamkan diri, berlagak macam biasa.Tapi selalunya masalah yang berkait dengan perasaan memang susah kita nak handle.Aku pernah rasa.Bila aku sayang manusia lebih dari aku sayang Tuhan rasa ditinggalkan itu lain.Bila dia pilih untuk pergi apa lagi pilihan yang aku ada selain kena lepaskan.Itu sakit.Cuma Allah yang tahu.


Untuk beberapa bulan aku pilih untuk diamkan diri dan pendam apa yang aku rasa.Aku cuba sibukkan diri dengan aktiviti sosial yang sihat.Aku rasa bila aku sibukkan diri dengan aktiviti macam tu rasa sakit aku kurang.Aku cuba asingkan diri dari orang.Aku suka menyendiri.Malangnya bila bersendiri benda lama berlegar dalam fikiran.Lagi buat aku rasa down.





Aku ambil masa muhasabah diri.Aku Tanya pada diri sampai bila nak macam nie.Aku luah semua pada Tuhan.Alhamdulillah benar kata orang bila kau bercerita pada Tuhan in shaa Allah Tuhan akan hadiahkan ketenangan.Alhamdulillah itu yang aku rasa.Bila kau dekat dengan Tuhan segala benda kau rasa tenang.Bila kau sedih kau akan ada seribu alasan untuk gembira.


Itu aku yang dulu (senyum).Ya aku yang dulu.Aku tak berubah, aku cuma belajar untuk jadi lebih baik.Aku cuba untuk belajar segala masalah itu ada jalannya dan segala ujian itu ada hikmahnya.Sebenarnya bila kau hilang dia kau bukan hilang segalanya.Allah beri kau peluang buka tangan untuk rasa jauh lebih baik dari apa yang kau pernah hilang.Allah tak bagi hari ini tapi percayalah Allah akan bagi pada kemudian hari.Pada suatu masa yang Allah telah janjikan.


Bila kau tersalah pilih laluan hidup, itu bukan penamat untuk segala-galanya.Kau tak boleh undur masa tapi kau boleh undur diri kau dari yang salah kepada yang benar.Allah sentiasa bersama dengan kau.Cuba ikhlas untuk sesuatu benda.Mana mungkin Allah biarkan kau seorang diri untuk cari cahaya.Allah itu Maha Penyayang.Doa itu senjata.Doa kau bisu tapi Allah dengar.Apa yang kau rasa Allah Maha mengetahui.Jangan putus harapan dengan janji Allah.




Zaney: Kau cuma perlu redha.Perlu redha dengan semua ketentuan Tuhan.Takdir Allah itu tidak pernah tersasar.Allah telah siapkan bahagian masing-masing.Jangan risau, bahagian kita ada cuma masa saja belum tiba.Daie itu kena punya sifat sabar.Kuat Daie.Harus.


Jodoh
Posted on Wednesday, April 17, 2013, ϟ 3 comments







Bak kata Ustaz Azhar Idrus “Jodoh bukan bererti kekal lama, jodoh bererti pasangan kita” insyallah dunia dan akhirat. Tanya lah siapa pun tak akan pernah yang tahu siapa jodoh mereka. Kecuali atas kuasa Allah. Kuasa Allah memang tak pernah terjangkau dek akal fikiran.


Sejujurnya aku tak pernah mention nama sesiapa pun yang aku bercinta dalam doa aku. Maksud aku tak pernah berdoa mention beliau sebagai jodoh aku. Selalunya akan berdoa panjang umur,kekalkan kebahagiaan kami  dan bahagia dunia dan akhirat. Dan adakalanya mention ketika rindu. *sengih malu*


Aku tak pernah ajar diri aku berdoa merayu agar si dia lah jodoh aku. Mohon Tuhan satukanlah aku dengan dia,sungguh aku cinta dia, sayang dia, rindu dia nak sehidup semati dengan dia. Mohon agar Tuhan dengarlah doa aku dan tautkanlah hati aku dengan hati dia. Sejujurnya tak pernah aku berdoa sedemikian. Aku cuma berdoa andai si dia lah yang ditakdirkan untuk aku maka bahagialah kami dunia dan akhirat. Aku faham Tuhan bekerja dengan cara dia sendiri, tidak perlu mengajar Dia tahu jodoh yang terbaik buat aku.


Yang hanya aku panjatkan doa cuma minta dititipkan bakal suami yang baik, yang mampu bawa aku ke jalanNYA dan mampu memimpin tangan aku ke Jannah.Juga minta dikurniakan zuriat yang baik,soleh dan solehah.Insyallah. Kita tak pernah tahu rancangan Allah. Adakalanya Allah hantar seseorang dalam hidup kita cuma sebagai ujian dan pinjaman untuk beri kita belajar satu benda. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada benda yang belum pasti.







Aku selalu tahan diri aku dari sayang orang sangat-sangat, cinta orang sangat-sangat, rindu orang sangat-sangat. Sebab aku tahu dari “sangat-sangat” tu lah yang boleh buat kita jatuh terduduk “sangat-sangat”. Sejujurnya kadang-kadang kalah juga dan kadang-kadang tak kurang pernah juara juga.


Kau hantuk-hantuk kepala, kau cakar dinding, kau berkurung sepuluh tahun sekalipun kalau Tuhan dah kata bukan dia jodoh kau, apa daya kau nak halang.Jodoh rahsia Allah. Jangan lupa, Allah selalu tarik sesuatu dari hidup kita untuk ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Syaratnya cuba bersabar.


Yakin dengan perancangan Allah. Selalunya percaturan Allah tak pernah tersilap. Dari Dia kita datang mana mungkin percaturanNYA terhadap kita boleh tersasar. Dunia nie terlalu kecil untuk ditangisi. Allah takkan pernah tinggal kita dan tak pernah jauh dari kita. Percaya janji Allah.





Zaney: Yes I’m strong person, but every now and then I also need someone to take my hand and say everything will be ok. And you should know one thing. Allah is never late, Allah is never early, Allah is always right one time :)  





Kotak Kehidupan

About|Post|Follow


Shazney Rahman



Last Entries

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.