Cari
Posted on Thursday, January 9, 2014, ϟ 1 comments Hari nie aku cari. Tak ada.Ok baik. Esok aku cari. Masih tak ada.Tak mengapa. Lusa aku masih cari. Tetap tidak ada. *Diam* Aku dah cuba cari. Hari ini,esok dan lusa. Jawapan masih sama. Tidak ada. Dah berkali aku kata. Kadang ego itu membunuh. Jadi aku ada satu keputusan. Kau dengan ego kau. Aku dengan ego aku. Ok deal. Kunyah dan telan. Hadam sampai lunyai. Aku tunggu. Sampai kau pula yang mencari. *Senyum* Zaney: Aku tak pernah meminta.Sampai kau yang buat aku minta.Jadi selamat mencari. Kita ada Allah
Posted on Sunday, June 30, 2013, ϟ 2 comments
Dukacita
selalunya berjaya bawa manusia kenal Tuhan.Itu prinsip yang aku pegang.Biasalah
manusia masalah seiring dengan perjalanan.Untuk jadi orang yang sabar dalam
segala hal bukan benda yang mudah, dan itu yang tengah aku cuba untuk
belajar.Semua pernah sakit pernah jatuh, pernah terduduk.Perkataan untuk semua
tu cuma move on. Allah uji kan tanda sayang.Sebab sayang dia bagi kita lemah
dia beri kita sedih.Dia nak lihat sejauh mana kita letak Dia dalam hati kita.
Selalunya
bila aku ada masalah tak kisah dari segala segi aku suka diamkan diri, berlagak
macam biasa.Tapi selalunya masalah yang berkait dengan perasaan memang susah
kita nak handle.Aku pernah rasa.Bila aku sayang manusia lebih dari aku sayang
Tuhan rasa ditinggalkan itu lain.Bila dia pilih untuk pergi apa lagi pilihan
yang aku ada selain kena lepaskan.Itu sakit.Cuma Allah yang tahu.
Untuk
beberapa bulan aku pilih untuk diamkan diri dan pendam apa yang aku rasa.Aku
cuba sibukkan diri dengan aktiviti sosial yang sihat.Aku rasa bila aku sibukkan
diri dengan aktiviti macam tu rasa sakit aku kurang.Aku cuba asingkan diri dari
orang.Aku suka menyendiri.Malangnya bila bersendiri benda lama berlegar dalam
fikiran.Lagi buat aku rasa down.
Aku ambil
masa muhasabah diri.Aku Tanya pada diri sampai bila nak macam nie.Aku luah
semua pada Tuhan.Alhamdulillah benar kata orang bila kau bercerita pada Tuhan
in shaa Allah Tuhan akan hadiahkan ketenangan.Alhamdulillah itu yang aku rasa.Bila
kau dekat dengan Tuhan segala benda kau rasa tenang.Bila kau sedih kau akan ada
seribu alasan untuk gembira.
Itu aku
yang dulu (senyum).Ya aku yang dulu.Aku tak berubah, aku cuma belajar untuk
jadi lebih baik.Aku cuba untuk belajar segala masalah itu ada jalannya dan
segala ujian itu ada hikmahnya.Sebenarnya bila kau hilang dia kau bukan hilang
segalanya.Allah beri kau peluang buka tangan untuk rasa jauh lebih baik dari
apa yang kau pernah hilang.Allah tak bagi hari ini tapi percayalah Allah akan
bagi pada kemudian hari.Pada suatu masa yang Allah telah janjikan.
Bila kau
tersalah pilih laluan hidup, itu bukan penamat untuk segala-galanya.Kau tak
boleh undur masa tapi kau boleh undur diri kau dari yang salah kepada yang
benar.Allah sentiasa bersama dengan kau.Cuba ikhlas untuk sesuatu benda.Mana
mungkin Allah biarkan kau seorang diri untuk cari cahaya.Allah itu Maha Penyayang.Doa
itu senjata.Doa kau bisu tapi Allah dengar.Apa yang kau rasa Allah Maha
mengetahui.Jangan putus harapan dengan janji Allah.
Zaney: Kau cuma
perlu redha.Perlu redha dengan semua ketentuan Tuhan.Takdir Allah itu tidak
pernah tersasar.Allah telah siapkan bahagian masing-masing.Jangan risau,
bahagian kita ada cuma masa saja belum tiba.Daie itu kena punya sifat sabar.Kuat
Daie.Harus.
Jodoh
Posted on Wednesday, April 17, 2013, ϟ 3 comments
Bak kata Ustaz Azhar
Idrus “Jodoh bukan bererti kekal lama, jodoh bererti pasangan kita” insyallah
dunia dan akhirat. Tanya lah siapa pun tak akan pernah yang tahu siapa jodoh
mereka. Kecuali atas kuasa Allah. Kuasa Allah memang tak pernah terjangkau dek akal
fikiran.
Sejujurnya aku tak
pernah mention nama sesiapa pun yang aku bercinta dalam doa aku. Maksud aku tak
pernah berdoa mention beliau sebagai jodoh aku. Selalunya akan berdoa panjang
umur,kekalkan kebahagiaan kami dan bahagia
dunia dan akhirat. Dan adakalanya mention ketika rindu. *sengih malu*
Aku tak pernah ajar
diri aku berdoa merayu agar si dia lah jodoh aku. Mohon Tuhan satukanlah aku
dengan dia,sungguh aku cinta dia, sayang dia, rindu dia nak sehidup semati
dengan dia. Mohon agar Tuhan dengarlah doa aku dan tautkanlah hati aku dengan
hati dia. Sejujurnya tak pernah aku berdoa sedemikian. Aku cuma berdoa andai si
dia lah yang ditakdirkan untuk aku maka bahagialah kami dunia dan akhirat. Aku
faham Tuhan bekerja dengan cara dia sendiri, tidak perlu mengajar Dia tahu
jodoh yang terbaik buat aku.
Yang hanya aku
panjatkan doa cuma minta dititipkan bakal suami yang baik, yang mampu bawa aku
ke jalanNYA dan mampu memimpin tangan aku ke Jannah.Juga minta dikurniakan
zuriat yang baik,soleh dan solehah.Insyallah. Kita tak pernah tahu rancangan
Allah. Adakalanya Allah hantar seseorang dalam hidup kita cuma sebagai ujian
dan pinjaman untuk beri kita belajar satu benda. Jangan menaruh harapan yang
terlalu tinggi kepada benda yang belum pasti.
Aku selalu tahan diri
aku dari sayang orang sangat-sangat, cinta orang sangat-sangat, rindu orang
sangat-sangat. Sebab aku tahu dari “sangat-sangat” tu lah yang boleh buat kita
jatuh terduduk “sangat-sangat”. Sejujurnya kadang-kadang kalah juga dan
kadang-kadang tak kurang pernah juara juga.
Kau hantuk-hantuk
kepala, kau cakar dinding, kau berkurung sepuluh tahun sekalipun kalau Tuhan
dah kata bukan dia jodoh kau, apa daya kau nak halang.Jodoh rahsia Allah.
Jangan lupa, Allah selalu tarik sesuatu dari hidup kita untuk ganti dengan
sesuatu yang lebih baik. Syaratnya cuba bersabar.
Yakin dengan
perancangan Allah. Selalunya percaturan Allah tak pernah tersilap. Dari Dia kita
datang mana mungkin percaturanNYA terhadap kita boleh tersasar. Dunia nie
terlalu kecil untuk ditangisi. Allah takkan pernah tinggal kita dan tak pernah
jauh dari kita. Percaya janji Allah.
Zaney: Yes I’m strong
person, but every now and then I also need someone to take my hand and say
everything will be ok. And you should know one thing. Allah is never late,
Allah is never early, Allah is always right one time :)
|